warning!..COPY N PASTE SEDG BERLAKU DIBWH!----
~Here is the 'question'
Apa pendapat kau bila kawan baik ko, mengurat orang yang ko suka? Tak ke ko rasa macam dia dah langgar brother code? Padahal dia dah tahu yang aku suka kat awek tu. Pastu dia pulak yang sibuk mengurat. Awek tu pulak layan je. Antara kawan dan awek, mana kau pilih?
Seorang lelaki tak boleh mengurat seseorang perempuan tu kalau: Your Bro specifically told you he wanted her. Atau dengan kata mudah, bila ada kawan kau, bagi tau yang dia suka kat awek tu.
Benda ni aku dah perasan masa aku semester satu lagi. Masa ni, memang ramai la lelaki mesej budak-budak perempuan satu orientasi, kuliah dan etc. Biasalah, mula-mula kenal cinta pandang pertama la kononnya. Then then then, bila kawan declare yang dia suka kat seseorang gadis dan sedang dalam proses mengurat, kawan-kawan lelaki dia yang lain akan automatik back off. Ye lah, mamat tu cakap yang dia suka kat perempuan tu je. Bukannya perempuan tu dah jadi isteri dia dan belum tentu dia dapat awek tu. But still, that is how budak-budak lelaki jalankan hidup.
Dan, korag (lelaki) pun mesti agak bengang kan kalau kita dah mark someone, tapi member kita rampas. Tapi, kalau ikut logik kita tak ada hak langsung untuk mark seseorang. Apa ingat perempuan ni barang ke nak main mark-mark? (Perh, Mr BC back up perempuan seyh).
Serta, lagi pedih kalau kau suka kat awek tu, then awek tu reject kau, tpi terima kawan baik kau.
Tapi, andai kata korang in a very serious relationship which is korang serious akan terus bawak masuk meminang awek korang serta jadikan isteri, then its worth it kalau hilang sebahagian dari kawan-kawan. Isteri yang baik /Jodoh susah nak cari. Tapi kalau setakat couple baru satu hari pastu tukar status facebook kpd married baek xpayah.
Ingat senang ke nak cari perempuan yang match dengan perangai lelaki yang pemalas? Dan ada yang sampai sanggup mati kerana awek. Ada yang sanggup mati demi kawan?Bagi aku, kawan amat-amat penting dalam hidup. Tapi, selepas kahwin, kawan hanyalah 5% (dan mungkin kurang) dari hidup korang. Selebihnya, adalah, kerja, kerja, kerja, kerja, kerja, jaga bini, buat anak, buat anak, jaga keluarga, buat anak, kerja, kerja, kerja, kahwin lain, kerja, kerja, kahwin lain, kerja dan macam-macam lagi. Kenapa kawan adalah 5% selepas kahwin? Sebab kawan korang pun kena kerja, buat anak, jaga bini, dan kahwin lain jugak. They are going to have their own life. Diaorang tak akan ada masa untuk korang. Tak percaya, try tengok ayah korang. Dalam satu bulan, berapa kali diaorang jumpa and lepak-lepak dengan kawan-kawan dia selain office-mates dan jiran tetangga? None. Setahun sekali mungkin. Tu pun masa raya. Tu pun belum tentu.
jadik,samada kite nk teruskn dengan prinsip Bro Code nih pon aku x bape nak pasti laaa...korang decide n judge sendiri laaa apa pendapat diri korang pasal kesahihan code nih...hahaaa...
COPY N PASTE BERAKHIR..........sekian trimas kasihhss n selamat beramal sume...hak......officially by Mr. BC~
No comments:
Post a Comment